Format Jurnal Hadis

Jurnal Hadis bermaksud pendokumentasian artikel-artikel ilmiah yang berorientasikan hadis dan pengajiannya. Jurnal hadis diterbitkan sebanyak dua kali dalam setahun.

Garis panduan penulisan artikel:
1- Artikel hendaklah menepati tema Jurnal hadis yang diterbitkan.
2- Artikel hendaklah bersifat asli dan memenuhi syarat kaedah sebuah penulisan Jurnal.
3- Artikel yang dihantar bukan merupakan artikel yang pernah dibentangkan oleh jurnalis atau diterbitkan oleh mana-mana pihak penerbitan.
4- Artikel hendaklah menggunakan perkataan-perkataan yang sesuai dari aspek tatabahasa dan olahannya.
5- Artikel boleh dihantar dalam bentuk kertas kerja (hard copy) dan soft copy atau melalui e-mail kepada Ketua Pengarang Jurnal Hadis INHAD.
6- Artikel boleh ditulis di dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris disertakan dengan abstrak.
7- Artikel perlu disertakan dengan nota kaki dan rujukan.
8- Setiap jurnalis artikel perlu bersiap–sedia dengan sebarang kemungkinan samada artikel diterima atau ditolak. Selain itu, jurnalis artikel memberi kebenaran kepada pihak editor untuk melakukan penilaian terhadap artikel yang dihantar dan menyunting serta menerbitkannya.
9- Artikel yang berjaya untuk diterbitkan disusun berdasarkan keutamaan dan kerelevanan dengan tema Jurnal hadis.
10- Setiap jurnalis akan menerima penghargaan dan saguhati dari pihak editor sebanyak 5 salinan Jurnal bagi setiap terbitan.
Semua urusan dan penghantaran yang melibatkan artikel boleh dihantar atas nama Ketua Pengarang ke alamat berikut:

Ketua Editor Jurnal Hadis.
INSTITUT KAJIAN HADIS (INHAD),
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS),
Bandar Seri Putra 43600, Bangi,
Selangor, MALAYSIA.
Email: hadis2008inhad@gmail.com