Tentang Kami

Laman Jurnal

Laman ini mengumpul dan memaparkan jurnal-jurnal terbitan Pusat Pembangunan Penyelidikan (PPP) Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Antara jurnal-jurnal yang menarik termasuk Jurnal Hadis, Jurnal Penyelidikan dan Inovasi.

Pusat Pembangunan Penyelidikan (PPP)

Bermula tahun 2009, Pusat Pembangunan Penyelidikan (PPP) telah diamanahkan untuk menguruskan aktiviti penyelidikan dan penulisan oleh kakitangan akademik di KUIS. Dalam usaha untuk menggiatkan dan menyemarakkan budaya penyelidikan dan penulisan di kalangan pensyarah, PPP telah menganjurkan beberapa siri latihan dalam bidang berkaitan khususnya kepada kakitangan adademik KUIS dengan menjemput panel-panel dan tokoh akademik berpengalaman daripada IPTA untuk berkongsi ilmu dan seterusnya memandu arah bagi menjamin kualiti penyelidikan KUIS diteruskan.

Pertukaran pimpinan KUIS mulai November 2010 dimana PPP di amanahkan tanggungjawab besar sebagai sekretariat Transformation of KUIS (KUIS) disamping menguruskan aktiviti penyelidikan dan penulisan. Walaubagaimanapun, legasi penyelidikan tetap diteruskan bagi memantapkan lagi fungsi PPP sebagai pusat penyelidikan yang menjurus kearah matlamat mencapai penyelidikan yang dapat member manfaat dan faedah kepada Insan lain melalui penyelidikan dan kajian yang dilakukan agar mencapai keredhaan Allah.

PPP maju setapak lagi dibawah pimpinan Rektor baru pada pertengahan 2013 yang membawa hala tuju PPP ke tanda aras yang lebih tinggi dalam menyokong wawasan KUIS untuk mencapai status universiti penuh pada tahun 2016. Dengan wawasan ini, PPP mula mengorak langkah merancang kearah Research Management Centre (RMC).