E-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi » e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi

Jilid I, Isu II (DIS 2014)
e-Jurnal PENYELIDIKAN DAN INOVASI merupakan e-Jurnal yang diterbitkan oleh Pusat Pembangunan Penyelidikan (PPP), KUIS. Skop dan isu yang dibincangkan adalah berkaitan dengan penyelidikan dan inovasi yang merangkumi pelbagai aspek penyelidikan seperti pendidikan, sejarah dan falsafah, adab, pemikiran, kepimpinan dan ketokohan, pentadbiran, bahasa, dakwah, politik, media massa, ekonomi, pengurusan, sains dan teknologi, perubatan, serta alam sekitar.

e-Jurnal ini memuatkan pelbagai artikel dalam penyelidikan dan kegiatan ilmiah yang merangkumi pelbagai disiplin ilmu menggunakan medium bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Arab.

Pendapat yang disiarkan dalam artikel tidak menggambarkan pendapat penyunting.Keutamaan diberikan kepada artikel yang memenuhi skop utama e-Jurnal dan memberi sumbangan dapatan penyelidikan kepada ummah. Artikel yang dihantar merupakan sumbangan asli dan tidak pernah diterbitkan atau sedang dipertimbangkan untuk penerbitan oleh mana-mana e-Jurnal. Penerbitan e-Jurnal ini diharap menjadi medium rujukan dan penyebaran ilmu pengetahuan seterusnya bermanfaat kepada ummah.

Segala surat- menyurat berkaitan artikel hendaklah dialamatkan kepada:

Ketua Editor

E-JURNAL PENYELIDIKAN DAN INOVASI

Pusat Pembangunan Penyelidikan (PPP)

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS),

Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor, MALAYSIA

e-mel : ppp@kuis.edu.my

Tel : +03-8925 4251

Kandungan e-Jurnal PI, Jilid I, Isu II

1. SIKAP PENCARUM DAN PENGARUHNYA TERHADAP TINGKAH LAKU PENAMAAN WASI DI KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA

Mohd Musa Bin Sarip, Mohamad Sabri Haron, Khairul Anwar Mastor

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS),Pusat Pengajian Umum, UKM

Papar Abstrak

Sistem penamaan telah lama diamalkan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Pelaksanaan penamaan dalam kalangan pencarum masih berada di peringkat yang rendah. Berbagai isu dan permasalahan berkaitan yang dibincangkan dalam pelbagai lapisan peringkat. Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau tahap sikap ke atas sistem penamaan wasi dan kesannya terhadap kecenderungan tingkah laku penamaan wasi dalam kalangan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Seramai 566 orang pencarum beragama Islam di negeri Selangor dijadikan sampel kajian. Kaedah tinjauan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian telah digunakan. Data diproses dan dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS versi 20. Kajian ini mendapati persepsi responden terhadap sikap kebaikan dan sikap tanggungjawab adalah positif dan signifikan terhadap tingkah laku penamaan wasi yang sebenar. Sebagai kesimpulan, tingkah laku pencarum dalam membuat penamaan wasi boleh dipertingkatkan dengan adanya sikap positif pencarum melalui kempen-kempen dan ceramah-ceramah kesedaran berkenaan sistem penamaan wasi dalam kalangan masyarakat Islam.

2. KECERDASAN EMOSI DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEPIMPINAN KETUA GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH MENENGAH

Tengku Elmi Azlina Binti Tengku Muda, Noriah Mohd Ishak

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Papar Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan dalam kalangan ketua guru bimbingan dan kaunseling sekolah menengah. Kajian ini berbentuk tinjauandenganmelibatkan 168 ketua guru bimbingan dan kaunseling sekolah menengah harian di Selangor. Data yang dikumpul telah dianalisis menggunakan analisis Korelasi Pearson bagi melihat hubungan antara dua pembolehubah kecerdasan emosi dan kepimpinan. Statistik MANOVA pula digunakan untuk melihat perbezaan kecerdasan emosi dan kepimpinan berdasarkan faktor jantina, umur, tahap pendidikan dan pengalaman.Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan.Walaubagaimanapun hasil kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan berdasarkan kesemua faktor demografi iaitu jantina, umur, tahap pendidikan dan pengalaman.

3. FATWA MUAMALAT DI MALAYSIA: SATU KAJIAN LITERATUR

Nora’inan bt. Bahari

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Papar Abstrak

Tidak dinafikan bahawa fatwa menjadi suatu instrumen yang dinamik dalam perkembangan hukum Islam di Malaysia terutama dalam hal ehwal muamalat maliyyah (kehartaan) yang membolehkan bidang ini berkembang di kalangan masyarakat di Malaysia. Selain itu pengetahuan dan amalan muamalat di kalangan masyarakat juga turut dikembangkan oleh penulisan dan kajian dalam bidang berkaitan. Kajian yang dilakukan secara deskriptif ini akan membuat analisis terhadap penulisan dan juga kajian yang dilakukan berkaitan fatwa muamalat khususnya sebelum dan selepas perlaksanaan perbankan Islam di Malaysia bagi melihat perbezaan dan persamaan yang mencerminkan kedinamikan fatwa itu sendiri. Justeru kajian mendapati aspek dinamisme fatwa itu terlihat khususnya dalam fatwa yang dikeluarkan pada alaf ke 20 meliputi aspek-aspek perkembangan teknik pengeluaran fatwa, sebab pengeluaran fatwa, penggunaannya dalam perundangan dan mahkamah, isu dalam perlaksanaan fatwa di kalangan industri dan isu penguatkuasaan.

4. NILAI DALAM PENGAJARAN MATEMATIK DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

Norziah Othman1, Effandi Zakaria2, Zanaton Iksan3

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Papar Abstrak

Pandangan negatif terhadap matematik yang dianggap sukar dan membosankan mempengaruhi pencapaian matematik terutamanya dalam kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi. Peratusan pelajar yang gagal semakin meningkat dan mengundang kebimbangan semua pihak. Justeru pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran telah diambil namun masih kurang menampakkan impaknya. Hakikatnya pendidikan kini memerlukan perubahan yang besar melalui integrasi ilmu yang bersepadu agar dapat melahirkan modal insan seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pencapaian tanpa penghayatan menyeluruh merupakan antara punca masalah ini. Pelajar dilihat tidak mampu memahami dan mengaplikasi pengetahuan semasa mahu pun untuk masa hadapan. Nilai merupakan suatu entiti yang perlu dikembangkan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi membangkitkan keindahan ilmu yang dipelajari agar erti kehidupan, hikmah perjalanan sejagat, kehebatan Pencipta diketahui, disedari, dihargai dan dihayati sepenuhnya. Maka pengembangan nilai dalam pendidikan terutamanya matematik adalah penting bagi membantu pelajar menguasai matematik iaitu ilmu yang mempunyai kedudukan terpenting dalam pengelasan ilmu falsafah malah menjadi penghubung di antara bidang syariat dengan keperluan asas manusia. Kajian berbentuk kualitatif ini sebenarnya dilaksanakan untuk meneroka bagaimana pendidik membantu pelajar mengembangkan nilai yang dimiliki disamping memperoleh nilai baharu melalui pengajaran dan pembelajaran matematik. Seramai dua orang pensyarah yang mengajar matematik asas bagi program Asasi Pengurusan merupakan peserta kajian ini. Pengetahuan pensyarah tentang nilai dan bagaimana ia boleh dikembangkan melalui pengajaran matematik diteroka melalui temu bual yang mendalam. Kajian mendapati bahawa pensyarah sebagai pendidik mengetahui akan kepentingan nilai namun tidak mengetahui dengan jelas bagaimana mengembangkannya dalam pengajaran matematik.

5. الأدب القصصي الملايوي الإسلامي ترجمة ودراسة وصفية نقدية من خلال مجلة ديوان سسترا 1990-1992م

Us.Khalid Bin Ludin @ Jamaluddin

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Papar Abstrak

هذا البحث عبارة عن ترجمةودراسـة وصفية نقدية للقصص المختارة من المجلة الأدبية ما بين الفترة 1990- 1992م. فقُسم هذا البحث إلى أربعة فصول؛ الفصل الأول عبارة عن مدخل البحث، والفصل الثاني تحدَّث عن مجمع اللغةالماليزي، والفصل الثالث عُرض فيه مفهوم القصة الملايوية؛ وعناصرها الفنية، أما الفصل الرابع تحدَّث عن الأدب القصصي الملايوي وأغراضه ونقده. تجد في الفصل الأول عن الدراسات السابقة،والتي ساعدت الباحث في توضيح نقطة الانطلاق لهذا الموضوع. وفي الفصل الثاني؛ كان الكلام عن كيان المجمع والدور الفعال الذي يقوم به؛ خاصة في مجال الأدب القصصي. وفي الفصل الثالث؛ أُشِير إلى التعريف بالقصة وماهيتها وعناصرها في الثقافة الأدبية الملايوية. أما الفصل الرابع فكان العرض في معرفة أغراض القصة التي كانت في ثلاثة محاور رئيسة؛ السياسي البطولي، والديني، والاجتماعي. فاخترنا ثلاثة قصص نموذجية لتكون أقرب وأنسب للمحور. فبيَّنا فيها الملامح الإسلامية، وأهداف الكاتب من ذكر القصة. ومن جانب آخر، تناولنا هذه القصص الثلاثة من خلال المنظور النقدي الأدبي لعناصر القصة. فكانت النتيجة أن الكتَّاب لهذه القصص برعوا وتفننوا في عرض قصصهم؛ بل نقلوا لقراء القصص واقع مجتمعهم الملايوي وما تحتويه من مواضيع متنوعة بأسلوب نثري رائع بغض النظر عن نسبة الإجادة التي أجادها القاص في موضوع وأحداث وأسلوب كتابة القصة بصورة فنية أدبية نثرية. إضافة إلى بيان الصبغات الإسلامية من خلال أحداث القصة، وأسلوب كيفية تناولها الكاتب في قصته.

6. MELAHIRKAN GENERASI AL-QURAN MELALUI KURIKULUM PENDIDIKAN INTEGRASI DAN HOLISTIK JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR(JAIS)

Zetty Nurzuliana Rashed, Ab. Halim Tamuri

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Papar Abstrak

Kertas kerja ini membincangkan tentang generasi Al-Quran yang secara umumnya merupakan generasi yang faham agama dan tidak tenggelam dalam arus kemewahan dan kebendaan.Generasi ini dibimbing oleh al-Quran dan dididik dengan nilai kemuliaan dan budi pekerti yang luhur yang terkandung dalam ajaran Islam.Generasi ini adalah diharap sebagai pembina tamadun yang mampu menghayati kerohanian Islam secara dinamik dan positif.Generasi ini juga akan menguruskan perubahan yang berlaku dalam masyarakat kita berasaskan kepada pembangunan insan dan roh Islam.Ia bersesuaian dengan tujuan utama pendidikan Islam adalah untuk melahirkan insan soleh.Kajian ini menggunakan kaedah kajian perpustakaan dan analisis dokumen dengan menilai dan menganalisis perbincangan di dalam kandungan teks dan diterjemahkan dalam bentuk pendekatan naratif.Kajian ini mendapati generasi al-Quran yang dibangunkan melalui model Kurikulum Pendidikan Integrasi dan Holistik(JAIS)merupakan generasi yang menampilkan keunikkan dan keperibadian muslim sejati dari segi fizikal,mental,spiritual dan akhlaknya dalam acuan pendidikan integrasi yang berasaskan kepada tauhid dan keimanan kepada Allah S.W.T yang memenuhi sifat-sifat uluhiyyah dan rububiyyah.

7. KAJIAN AWAL KERANGKA UNDANG-UNDANG SEDIA ADA BAGI ANAK TAK SAHTARAF

Azizah Binti Mat Rashid, Nor ‘Adha Binti Abdul Hamid

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Papar Abstrak

Anak tak sahtaraf yang dikenali di sisi undang-undang adalah merujuk kepada anak luar nikah sebagaimana yang difahami umum. Kelahirannya dilihat sebagai suatu isu yang serius dan perlu ditangani kerana walaupun hukum syarak telah jelas mengharamkan perbuatan yang membawa kepada kelahirannya, tetapi pengkaji berpandangan bahawa masalah ini seolah-olah tidak mempunyai kesudahan kerana dalam kebanyakan kes buang bayi yang dilaporkan, ia melibatkan bayi tak sahtaraf. Permasalahan ini dipercayai berpunca daripada pelbagai krisis akhlak yang merangkumi pelbagai tingkahlaku dan perbuatan tidak bermoral seperti berkelakuan tidak sopan di tempat awam, sumbang mahram dan zina. Hal ini menggambarkan betapa masyarakat kita sedang berhadapan dengan masalah keruntuhan akhlak yang sangat serius. Kajian ini dibuat bagi mengenalpasti sejauh mana kerangka undang-undang sedia ada mampu menyelesaikan masalah kelahiran anak tak sahtaraf. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian kepustakaan iaitu dengan menganalisis dokumen-dokumen seperti peruntukan undang-undang, jurnal, artikel dan penulisan ilmiah berkaitan. Kajian mendapati bahawa terdapat beberapa peruntukan berkaitan anak tak sahtaraf dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam dan beberapa peruntukan berkaitan kesalahan akhlak yang dipercayai menjadi punca kepada kelahiran anak tak sahtaraf dalam Undang-undang Jenayah Syariah yang boleh diberi perhatian serius dalam usaha menangani masalah kelahiran anak tak sahtaraf.

Jilid I, Isu I (SEPT 2014)
e-Jurnal PENYELIDIKAN DAN INOVASI merupakan e-Jurnal yang diterbitkan oleh Pusat Pembangunan Penyelidikan (PPP), KUIS. Skop dan isu yang dibincangkan adalah berkaitan dengan penyelidikan dan inovasi yang merangkumi pelbagai aspek penyelidikan seperti pendidikan, sejarah dan falsafah, adab, pemikiran, kepimpinan dan ketokohan, pentadbiran, bahasa, dakwah, politik, media massa, ekonomi, pengurusan, sains dan teknologi, perubatan, serta alam sekitar.

e-Jurnal ini memuatkan pelbagai artikel dalam penyelidikan dan kegiatan ilmiah yang merangkumi pelbagai disiplin ilmu menggunakan medium bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Arab.

Pendapat yang disiarkan dalam artikel tidak menggambarkan pendapat penyunting.Keutamaan diberikan kepada artikel yang memenuhi skop utama e-Jurnal dan memberi sumbangan dapatan penyelidikan kepada ummah. Artikel yang dihantar merupakan sumbangan asli dan tidak pernah diterbitkan atau sedang dipertimbangkan untuk penerbitan oleh mana-mana e-Jurnal. Penerbitan e-Jurnal ini diharap menjadi medium rujukan dan penyebaran ilmu pengetahuan seterusnya bermanfaat kepada ummah.

Segala surat- menyurat berkaitan artikel hendaklah dialamatkan kepada:

Ketua Editor

E-JURNAL PENYELIDIKAN DAN INOVASI

Pusat Pembangunan Penyelidikan (PPP)

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS),

Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor, MALAYSIA

e-mel : ppp@kuis.edu.my

Tel : +03-8925 4251

Kandungan e-Jurnal PI, Jilid I, Isu I

GAYA BERFIKIR QUR’ĀNĪ DALAM PEMBENTUKAN INSAN TA’DĪBĪ

Wan Haslan Bin Khairuddin

Akademi Islam (AI), KUIS

Papar Abstrak

Gaya, teknik, kaedah atau cara berfikir mempengaruhi tindakan dan menatijahkan perilaku yang baik atau buruk. Pelbagai masalah umat atau kebobrokan dikesan hasil dari kelemahan daya berfikir. Artikel ini akan membicarakan isu-isu perbincangan seperti “gaya berfikir Qur’ānī” atau gaya berfikir menurut al-Qur’an; “gaya berfikir jāhilī” atau

gaya berfikir negatif; dan “gaya berfikir insan ta’dībī” atau gaya berfikir insan cemerlang yang diidamkan. Metodologi yang diguna pakai dalam kajian ini ialah kajian analisis kandungan. Sumber primer yang menjadi asas dalam artikel ini ialah penulisan berkaitan teknik berfikir, pemikiran kreatif dan kritis serta penulisan-penulisan lain yang berkaitan.

Kesimpulannya, artikel ini merumuskan bahawa perlunya penerapan mata pelajaran “pemikiran kreatif dan kritis” untuk para pelajar di setiap fakulti pengajian (bukan di fakulti pengajian Islam sahaja) kerana ia mampu mendorong mereka untuk menguji kebenaran sesuatu permasalahan agar tidak membentuk keputusan yang salah. Seterusnya para pelajar berkeupayaan memproses maklumat dan bakal menghasilkan pemikiran atau penemuan yang baru, asli dan kreatif.

RADIO NEGERI fm PEMANFAATAN RADIO SEBAGAI MEDIUM PENDIDIKAN ISLAM TIDAK FORMAL

Rozalafri Johori, Mohd Daly Daud, Nursyamimi Harun, Rahmatunnisah Hj Sailin.

Fakulti Pengurusan Muamalah (FPM), KUIS

Papar Abstrak

Secara khususnya kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji peranan radio sebagai medium pendidikan Islam bukan formal. Radio merupakan media elektronik yang berpengaruh dan fleksibel kerana ia berupaya mendidik, membujuk, menghibur dan menyampaikan makumat. Ia mempunyai khalayak pendengar yang ramai dan merupakan antara media pilihan, terutama di Negeri Sembilan menerusi siaran radio tempatan – Radio NEGERIfm. Walau bagaimanapun, program bermanfaat yang berbentuk pendidikan Islam masih kurang dari segi kuantiti dan kualitinya, sedangkan kajian mendapati bahawa sambutan kepada rancangan agama sangat memberangsangkan. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif, iaitu sebanyak 700 borang soal selidik telah diedarkan kepada pendengar Radio NEGERI.fm di seluruh Negeri Sembilan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 506 borang selidik telah dikembalikan oleh responden. Hasil analisis kajian mendapati bahawa pendengar yang menggunakan radio untuk mempelajari Islam secara bukan formal berada pada tahap sederhana tinggi. Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk mempertingkat kualiti kandungan siaran agar lebih bermanfaat dan mempunyai nilai ilmiah. Misalnya, dicadangkan agar sesi wawancara bersama tokoh-tokoh akademik dan budayawan tempatan terus dipergiat.

KEMUNASABAHAN PUSAT PENGAJIAN TERAS DALAM MEREALISASIKAN JIHAD PENDIDIKAN

Hairol Anuar Hj Mak Din, Intan Fadzliana Ahmad, Mohamed Fairooz Bin Mohamed Fatihillah

Pusat Pengajian Teras(PPT), KUIS

Papar Abstrak

Pusat Pengajian Umum yang ditubuhkan oleh sebahagian besar universiti menawarkan subjek-subjek yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan, iaitu subjek yang menjadi subjek wajib universiti, dan subjek-subjek yang berbentuk elektif. Jika di Pusat Pengajian Umum universiti-universiti lain, kesemua subjek yang ditawarkan ini dianggap sebagai pelengkap kepada landskap akademik fakulti semata-mata dan sekadar memenuhi piawaian yang telah

ditetapkan oleh pihak yang berkepentingan sahaja. Berbeza dengan KUIS, matlamat utama penubuhan Pusat Pengajian Teras bukan semata-mata hanya untuk menjadi pelengkap atau pengendali subjek-subjek wajib MQA dan wajib universiti, tetapi lebih dari itu adalah untuk menjadi ‘teras’ KUIS sebagai universiti yang berhasrat merealisasikan pentafsiran adab melalui pendidikan dan dihayati dalam kehidupan sebagai insan beradab (insan ta’dibi). Hal ini seiring dengan Dasar Ta’dib KUIS melalui subjek-subjek teras universiti yang telah dibangunkan. Kertas ini membincangkan peranan dan kemunasabahan penubuhan Pusat Pengajian Teras sebagai tulang belakang kerangka pengajian pelajar di KUIS. Kewajaran penubuhannya adalah berasaskan justifikasi-justifikasi yang turut dinyatakan dalam perbincangan ini. Maklumat di dalam kertas ini adalah berasaskan pengalaman penulis sebagai seorang pentadbir, penyelidik, guru dan murid di institusi pengajian tinggi Islam. Pusat Pengajian Teras mempunyai peranan yang berbeza dari pusat pengajian umum yang hanya berperanan sebagai pelengkap kepada program pengajian pelajar. Pusat pengajian teras berperanan membentuk pandangan alam (worldview) pelajar yang merupakan ‘teras’ terpenting dalam meneruskan kelangsungan pengajian pelajar dalam bidang pengajian yang pelbagai. Pembentukan diri pelajar yang bermula dari peneguhan kekuatan ‘dalaman’ (inner strength) menjadi fokus utama sebuah pusat yang

dipertanggungjawabkan menjadi ‘teras’ dan nadi sebuah institusi pendidikan. Kertas ini dinukilkan bagi menjelaskan kekeliruan makna terhadap peranan Pusat Pengajian Teras dalam memacu KUIS sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang melahirkan insan ta’dibi.

POTENSI QALBU DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN KAJIAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Nazneen Ismail, Nurzatil Ismah Azizan, Norul Huda Abu Bakar

Akademi Islam (AI), KUIS

Papar Abstrak

Qalbu adalah komponen kejiwaan yang dianugerahkan Allah SWT kepada manusia. Ia berperanan sebagai penentu kepada tingkah laku insan seperti yang digambarkan oleh hadis Rasulullah SAW. Bahkan, baginda menyifatkan buruk baik seseorang adalah bergantung kepada keputusan qalbunya. Justeru, kertas kerja ini bertujuan untuk mengupas peranan qalbu dalam membuat keputusan daripada perspektif Islam. Antara perbahasan utama kajian ini ialah konsep qalbu dan peranannya dalam diri manusia berdasarkan ayat-ayat al-Quran dan unsur-unsur yang mempengaruhi qalbu dalam membuat keputusan. Analisis dibuat berdasarkan ayat al-Quran dan hadis terpilih di samping pandangan daripada ahli falsafah. Kajian ini juga menemukan bahawa qalbu tidak bersendirian dalam membuat satu-satu keputusan. Sebaliknya, ia telah dibekalkan dengan dhamir atau suara hati yang mempunyai ciri fitrah tauhid selain mendapat sokongan daripada nafsu dan akal. Pertarungan kejiwaan ini akhirnya menentukan sama ada manusia itu mengesakan Allah SWT atau mensyirikkan Nya.

JIHAD PENDIDIKAN SATU SOROTAN KEPADA AUTOBIOGRAFI AL-GHAZĀLĪ (1058M-1111M) AL-MUNQIDH MIN AL-ḌALĀL

Kamal Azmi Abd Rahman

Akademi Islam (AI), KUIS

Papar Abstrak

Al-Ghazālī merupakan seorang cendiakawan Islam yang hidup di era kegemilangan Islam. Sebaris dengan tokoh-tokoh ilmuan yang lahir di era emas ini, al-Ghazālī telah menguasai pelbagai disiplin dan cabang ilmu seperti ilmu kalam, falsafah dan taṣawwuf. Sebagai seorang penulis yang prolifik, beliau telah menulis hampir 400 buah karya dalam pelbagai bidang. Oleh kerana ketokohan dan keilmuan tersebut, kajian mengambil inisiatif untuk membentangkan pengalaman keilmuan beliau yang telah dinukilkan di dalam sebuah autobiografi unik bertajuk al-Munqidh min al-Ḍalāl. Kajian ini merupakan kajian kepustakaan analisis kandungan terhadap autobiografi tersebut dan beberapa karya-karya lain yang ditulis oleh al-Ghazālī. Selain itu, kajiankajian lain yang mengkaji pemikiran al-Ghazālī juga akan dirujuk. Kajian mendapati bahawa al-Munqidh merupakan sebuah tulisan yang signifikan bagi golongan pendidik dalam memahami tujuan profesion mereka serta panduan dalam mengahadapi cabaran-cabaran dalam dunia pendidikan.

KEPENTINGAN QALBU DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN

Daud Lin Abdullah, Mohamed Fairooz Mohamed Fathillah, Nor’Adha Abd Hamid, Siti Noor Binti Ahmad, Intan Fadzliana Ahmad, Khairunnisa’ Ismail, Suziana Hanini Sulaiman, Ahmad Misbah Mohamad Hilmi, Imran Kamal Basah

KUIS

Papar Abstrak

Otak dan qalbu adalah antara nikmat dan anugerah Allah SWT kepada setiap manusia bernama insan. Seringkali kurniaan ini dianggap sama namun hakikatnya, otak dan qalbu adalah sesuatu yang amat jauh berbeza tetapi saling berkaitan. Otak adalah salah satu organ ciptaan Allah SWT yang bersifat objek dan kelihatan. Qalbu mempunyai tugas dan tanggungjawab besar yang masih tidak dapat difahami oleh para saintis sehingga hari ini. Allah SWT telah menjelaskan hakikat sebenar Qalbu berhubung dengan pemikiran dan pemahaman yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan fungsi otak melalui Al-Quran. Kertas kerja ini bertujuan untuk menjelaskan bahawa Qalbu bukanlah sekadar organ atau mesin mengepam darah, tetapi berperanan menyimpan maklumat, memahami, menyakini dan mengagihkan arahan ke seluruh tubuh manusia, dan ia juga mengawal aktiviti otak di samping mengetengahkan kemahiran berfikir yang berkait rapat dengan kebolehan seseorang insan menggunakan kedua-dua domain kognitif(otak) dan afektif(qalbu) dalam usaha untuk mendapatkan atau memberikan informasi, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan. Kebiasaannya, dalam membuat keputusan kita bergantung kepada kebijaksanaan otak (aqal). Kesilap fahaman telah berlaku sejak sekian lama yang menganggap bahawa makna Qalbu adalah hati yang perlu kepada perbahasan dan pemahaman yang lebih terperinci untuk penjelasan selanjutnya.

TADBIR URUS KORPORAT LAWAN TADBIR URUS INSAN KEKELIRUAN PERANAN PENTADBIR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI ISLAM TERHADAP PERANAN UNIVERSITI

Intan Fadzliana Ahmad , Mohd Izham Mohd Hamzah

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Universiti Kebangsaan Malaysia

Papar Abstrak

Peranan universiti masa kini tidak lagi untuk melahirkan insan yang baik (good man) sebaliknya telah menjadi ‘kilang’ pengeluaran ‘sumber manusia’ bagi memenuhi keperluan industri. Universiti telah lama turun dari ‘gadingnya’ lalu menjadi lebih kepenggunaan atau utilitarian. Kertas ini bertujuan membincangkan stail kepimpinan dan perkaitannya dengan kefahaman pemimpin institusi pengajian tinggi terhadap peranan universiti. Kepimpinan korporat para pemimpin di institusi pengajian tinggi, menjadikan universiti sebagai pembekal tenaga kerja secara mass (mass generic product) bagi pasaran industri dengan orientasi keuntungan bersifat material. Fokus universiti bukan lagi kepada peningkatan kualiti pelajar sebaliknya kuantiti kemasukan pelajar bagi meraih keuntungan maksima dan pelajar sebagai pelanggan. Kerangka pentadbiran adalah berasaskan code and conduct serta limitasi ‘garis panduan’ yang telah ditentukan lebih awal (SOP,KPI etc). Berbeza dengan kepimpinan insan yang meletakkan kepentingan dan kualiti dalaman insan dalam seluruh peringkat organisasi, dari kakitangan akademik, pentadbiran hinggalah kepada pelajar sebagai fokus utama (human centric). Orientasi universiti adalah untuk melahirkan insan beradab (insan ta’dibi) yang mempunyai kekuatan spiritual dan kualiti dalaman serta pertimbangan (judgement) yang baik. Kerangka pentadbiran kepimpinan insan adalah berasaskan potensi insan sebagai individu yang unik berteraskan nilai dalaman insan (internal human values) dan prinsip-prinsip pegangan yang lebih berkesan dalam mengawal organisasi. Maklumat di dalam kertas ini adalah berasaskan kepada kajian kepustakaan (literature review) serta pengalaman penulis sebagai seorang penyelidik, guru dan murid. Universiti tidak seharusnya meletakkan keuntungan material (pingat, status, wang, ranking) sebagai fokus utama. Kertas ini mengemukakan pandangan awal terhadap keperluan kajian lanjutan yang lebih mendalam di bidang pentadbiran pendidikan berkaitan kefahaman peranan dan tujuan universiti dalam kalangan pentadbir di institusi pengajian tinggi. Pemimpin di institusi pengajian tinggi Islam seharusnya memahami dengan jelas tentang makna dan peranan universiti yang sebenar agar dapat mengaplikasikan tadbir urus insan dalam mentadbir institusi pendidikan. Kertas ini membincangkan tentang kekeliruan pentadbir universiti, antara melaksanakan stail tadbir urus korporat atau tadbir urus insan dalam mengendalikan sebuah institusi pengajian tinggi.