e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi

e-Jurnal PENYELIDIKAN DAN INOVASI merupakan e-Jurnal yang diterbitkan oleh Pusat Pembangunan Penyelidikan (PPP), KUIS. Skop dan isu yang dibincangkan adalah berkaitan dengan penyelidikan dan inovasi yang merangkumi pelbagai aspek penyelidikan seperti pendidikan, sejarah dan falsafah, adab, pemikiran, kepimpinan dan ketokohan, pentadbiran, bahasa, dakwah, politik, media massa, ekonomi, pengurusan, sains dan teknologi, perubatan, serta alam sekitar.

e-Jurnal ini memuatkan pelbagai artikel dalam penyelidikan dan kegiatan ilmiah yang merangkumi pelbagai disiplin ilmu menggunakan medium bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Arab.

e-Jurnal ini juga akan diterbitkan sebanyak dua (2) kali setahun.

Pendapat yang disiarkan dalam artikel tidak menggambarkan pendapat penyunting. Keutamaan diberikan kepada artikel yang memenuhi skop utama e-Jurnal dan memberi sumbangan dapatan penyelidikan kepada ummah. Artikel yang dihantar merupakan sumbangan asli dan tidak pernah diterbitkan atau sedang dipertimbangkan untuk penerbitan oleh mana-mana e-Jurnal. Penerbitan e-Jurnal ini diharap menjadi medium rujukan dan penyebaran ilmu pengetahuan seterusnya bermanfaat kepada ummah.

Segala surat- menyurat berkaitan artikel hendaklah dialamatkan kepada:

Ketua Editor
e-JURNAL PENYELIDIKAN DAN INOVASI
Pusat Pembangunan Penyelidikan (PPP)
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS),
Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor, MALAYSIA

e-mel : ppp@kuis.edu.my
Tel : +03-8925 4251