Format Jurnal PPI

Panduan kepada penyumbang:
1-Manuskrip ini adalah dalam bidang pendidikan dan pengajian Islam dengan menggunakan Bahasa Melayu. Kajian bersifat kritis dan penemuan terbaru adalah dialu-alukan.
2-Manuskrip mestilah karya asli yang belum diterbitkan atau dihantar untuk pertimbangan mana-mana penerbitan lain.
3-Manuskrip hendaklah tidak melebihi 30 halaman, bertaip langkau dua dicetak di sebelah muka, dengan menggunakan Times New Roman bersaiz 10 atau 12.
4-Penulisan hendaklah berdasarkan metodologi penulisan ilmiah termasuk sistem Transliterasi, dan rujukan dicatat di sebelah bawah halaman (nota kaki).
5-Manuskrip yang dikirimkan hendaklah disertakan dengan abstrak tidak melebihi 150 patah perkataan dalam Bahasa Inggeris.
6-Manuskrip perlu dihantar dalam bentuk salinan cetak dan salinan maya. Penyiaran artikel adalah berdasarkan keputusan sidang editor.
7-Penyumbang yang manuskripnya diterima untuk penerbitan akan dihadiahkan 2 atau 4 naskhah Jurnal.
8-Penyumbang perlu menyatakan butiran diri; nama, jawatan, institusi, alamat, nombor telefon dan mail (jika ada).

Diterbitkan oleh :
PUSAT PEMBANGUNAN PENYELIDIKAN
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor
TEL.: 603-8925 4251
FAX: 603-8926 2634