Jurnal Hadis

inhad2
Jurnal Hadis ini berobjektif mempersembahkan kajian-kajian yang berorientasikan ilmu hadis dan isu-isu semasa yang berkaitan.

Matlamat utama penerbitan Jurnal ini adalah untuk membudayakan kajian dan penyelidikan berkaitan dengan pengajian hadis serta menggalakkan para sarjana Islam menyumbang hasil penyelidikan dalam bidang pengajian hadis dari dalam dan luar Negara. Usaha ini bagi mengembangsuburkan pengajian hadis, sekaligus membudayakan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan orang Islam.

Melalui hasil pena para jurnalis yang terdiri daripada para pensyarah universiti dan mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini, harapan kami agar mereka tidak keberatan untuk terus berkarya dan menyumbangkan idea untuk dimuatkan dalam Jurnal hadis terbitan INHAD berbekalkan kelebihan ilmu yang telah dikurniakan oleh Allah SWT. Selain itu ruangan Jurnal ini diharapkan dapat menjadi medan terbaik kepada semua jurnalis dalam menghasil, menyumbang dan mempersembahkan hasil kajian yang bersifat asli, baru, bermutu serta berimpak. Pastinya semua kajian yang menepati syarat-syarat yang tersebut akan dimuatkan dalam Jurnal ini dan dipersembahkan kepada para pembaca yang budiman.

Akhir kata, setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan buat para jurnalis, semoga Allah SWT senantiasa memberikan sangkaan baikNya dan kejayaan terhadap segala usaha yang kita lakukan. Semoga para pembaca yang budiman turut terpanggil untuk memberikan ulasan positif dan membina terhadap kandungan yang dimuatkan seterusnya menyambut baik penerbitan Jurnal hadis ini.

Wallahu A’lam.

“Hanya yang terbaik buat semua dari hati, dari INHAD”.