Jurnal HADIS, Bilangan 5
Syaaban 1434H, (Jun 2013)
Artikel-Artikel Berorientasikan Kajian dan Penyelidikan Dalam Bidang Hadis
Diterbitkan Oleh
Institut Kajian Hadis (INHAD)
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
KANDUNGAN
1.
MENYINGKAP KHAZANAH SUNNAH RASULULLAH S.A.W.MENERUSI METODOLOGI TAKHRIJ HADITH & PEMAHAMAN MUKHTALIF HADITH
Mohammad Fattah, Dr. Latifah Binti Abdul Majid, Dr. Ahamad Asmadi Bin Sakat
Papar Abstrak
Menyingkap khazanah sunnah Rasulullah SAW sama ada yang disabdakan, diamal dan dipersetujui ibarat membina binaan yang kukuh sebagai tempat perlindungan bagi umat Islam sejagat. Justeru para ulama hadith berusaha mencari metode untuk menyingkap sekaligus memelihara khazanah suci ini. Antara metode dan kaedah yang sedia diguna pakai adalah metode takhrij dan memahami mukhtalif hadith. Dua metode ini sangat efektif untuk mengetahui beribu-ribu kewujudan hadith bahkan penentuan statusnya samada boleh digunapakai sebagai hujah atau tidak. Pengkaji dengan sedaya upaya memberikan pemahaman terhadap penggunaan dua metode ini melalui pendedahan tentang pengertian dan perkembangannya.Metode kajian ini adalah analisis dokumen dengan merujuk kepada kitab-kitab hadith untuk mendapatkan sumber yang tepat dan sahih. Kemudian menyusulinya dengan memberikan contoh-contoh ringkas untuk mengukuhkan pengertian berkenaan. Kajian mendapati bahawa metode takhrij dan pemahaman terhadap mukhtalif hadith merupakan usaha yang mesti mendapatkan penghargaan disebabkan dua metode ini dapat memelihara kemurnian sunnah Rasulullah SAW sepanjang zaman.
2.
PEMAHAMAN IMAM AL-BUKHARI TERHADAP HADITH NABI SAW DISIHIR: SATU ANALISIS
Khadher Ahmad dan Sedek Ariffin
Papar Abstrak
Isu Nabi SAW disihir oleh seorang Yahudi bernama Labid bin al-A‘sam dinyatakan dengan jelas melalui hadith yang diriwayatkan dalam karya-karya hadith mu‘tabar seperti Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim. Imam al-Bukhari ketika meriwayatkan hadith ini, telah mengulanginya sebanyak tujuh kali dalam beberapa bab di dalam kitab sahihnya itu. Pengulangan hadith ini menampakkan pemahaman beliau terhadap hadith tersebut khususnya terhadap isu sihir yang berlaku ke atas Nabi SAW. Artikel ini bertujuan untuk meneliti pemahaman Imam al-Bukhari terhadap hadith Nabi SAW disihir dan isu yang dikemukakan oleh beliau terhadap hadith tersebut. Penelitian ini mengaplikasikan sepenuhnya metode analisis induktif di mana data-data yang bersifat khusus dianalisis untuk mendapat data-data yang lebih jelas dan terperinci. Analisis pemahaman Imam al-Bukhari terhadap hadith ini banyak tertumpu kepada tajuk-tajuk bab yang diletakkan pada hadith ini serta merujuk kepada pandangan yang dikemukakan para muhaddith ketika membincangkan isu ini. Hasil penelitian mendapati bahawa terdapat tujuh isu yang dikemukakan oleh Imam al-Bukhari terhadap hadith tersebut, iaitu: mengukuh dan mengaitkan perbincangan aspek sihir dengan dalil-dalil daripada al-Quran; membuktikan bahawa Nabi SAW pernah terkena sihir dan menolak golongan yang menafikan bahawa sihir memberi kesan terhadap tubuh Nabi SAW; menjelaskan jenis sihir yang dihadapi Nabi SAW; menerangkan akhlak Nabi SAW dalam menghadapi musibah sihir itu dan tindakan baginda terhadap penyihir; menjelaskan peranan doa dan kepentingannya dalam menghadapi sesuatu musibah; mengaitkan sihir dengan pertolongan jin dalam proses menjayakannya; dan penjelasan berhubung dengan pendekatan dan kaedah dalam rawatan sihir yang dilakukan oleh Nabi SAW.
Kandungan e-Jurnal ini dalam Bahasa Arab seperti di bawah (The Arabic Version of the Journal Contents are below)
- البعدان الزماني والمكاني في السنة والتعمل معهما تأصيل وتطبيق للدكتور محمد أبو الليث الخيرآبادي
- الجهود المبذولة في شرح الكتب الستة في القرنين الرابع عشر والخامس عشر الهجريين لمحمد حافظ بن سوروني
- المحدث الشيخ محمد زكريا الكاندهلوي حياته وجهوده في الحديث النبوي لسيد أحمد زكريا الغوري الندوي
- منهج ابن حبان في كتابه الثقات للدكتور سعد الدين منصور محمد ونوح علي
- آداب طالب الحديث والمنهج العلمي في تلقيه لسيد عبد الماجد الغوري