Jurnal Penyelidikan Pendidikan dan Pengajian Islam

KATA PENGANTAR
EXCO PENDIDIKAN TINGGI & PEMBANGUNAN MODAL INSAN NEGERI SELANGOR

ybhalimahAlhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurniaNya, saya berpeluang menyampaikan sepatah dua kata di dalam Jurnal Penyelidikan Pendidikan dan Pengajian Islam.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penyelidik Dana Endowment SUK Negeri Selangor kerana telah berjaya menjalankan kajian di Negeri Selangor khususnya dalam bidang pendidikan. Sebanyak sembilan kajian telah dilaksanakan untuk mengkaji isu dan permasalahan pendidikan di Negeri Selangor. Semoga penerbitan Jurnal ini akan menjadi wadah dalam menyampaikan maklumat dan membantu meningkatkan kualiti pendidikan di Negeri Selangor.

Saya dapati bahawa kajian yang terkandung dalam Jurnal ini banyak memaparkan hasil kajian semasa yang bernilai dan mampu menyelesaikan permasalahan pendidikan kini serta meningkatkan kefahaman di kalangan masyarakat Islam di Negeri Selangor khasnya dalam menghadapi era globalisasi.

Justeru itu, adalah diharapkan agar segala hasil maklumat, idea dan pemikiran yang dimuatkan dalam Jurnal ini dapat dijadikan rujukan, panduan dan dimanfaatkan sepenuhnya dalam kehidupan bagi merealisasikan harapan untuk melahirkan masyarakat Islam yang berilmu dan bermanfaat.

Tujuan sebenar Kerajaan Negeri Selangor membuat kajian adalah untuk mengenalpasti keberkesanan sistem pendidikan Islam yang dipraktik dalam Negeri Selangor. Langkah ini adalah kritikal untuk merancang sistem pendidikan yang berkesan untuk melahirkan insan yang EHSAN sesuai sebagai warga di Negeri Selangor Darul EHSAN dan menepati kerangka sistem Rabbani. Kewujudan sistem yang mampu menyediakan persekitaran yang kondusif. Ia juga menganalisa keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran serta sokongan seperti kemudahan awam yang kondusif.

Sekian, terima kasih.

Y.B PUAN DR. HAJJAH HALIMAH ALI
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan,
Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor