|
Dalam usaha untuk melahirkan warga kerja Islam yang beriman, berakhlak mulia dan membangun sumber insan menjadi 'Abdul Rahman, satu Program Usrah Pegawai KUIS telah dirangka untuk dilaksanakan bermula pada bulan Februari hingga Disember 2014
Ianya dijadikan program rasmi KUIS yang WAJIB dihadiri oleh semua pegawai KUIS untuk sekurang-kurangnya 9 jam (bersamaan sehari bekerja), mengikut sebagaimana jadual yang telah disusun oleh Bahagian Pembangunan Insan (BPI).
Objektif Program
1. Membina warga kerja yang menjadikan Islam sebagai cara hidup (ad-din), menghayatinya dalam kehidupan seharian, menjadikan azam dan cita-cita serta tindakan mendakwahkannya sebagai sistem hidup dalam keluarga, organisasi, masyarakat dan negara.
2. Menghubungkan warga kerja secara langsung dengan al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber ilmu serta mengamalkan di dalam kehidupan harian.
3. Menggiat dan menyelaraskan usaha mempelajari dan memahami Islam di kalangan warga kerja disamping mengukuhkan lagi perasaan persaudaraan (silaturahim) dan semangat kerja berpasukan disamping meningkatkan ilmu pengetahuan.
Soal Jawab Agama
Tajuk Soalan :
Daripada :
|
|