Pelaksanaan & Pembahagian Kumpulan Usrah |
•
|
Pembahagian kumpulan usrah terbahagi kepada empat peringkat iaitu pegawai akademik (Akademi Islam & Non Akademi Islam) dan pegawai pentadbiran (Pegawai gred 27 dan ke atas, gred 17 hingga 22 dan gred 1 hingga 16).
|
•
|
Sebanyak 56 Kumpulan yang terdiri daripada 26 kumpulan pegawai pentadbiran dan 30 kumpulan pegawai akademik yang berjumlah seramai 536 orang (termasuk naqib dan naqibah).
|
•
|
Setiap kumpulan usrah akan dikendalikan oleh seorang ketua, lelaki (Naqib) dan wanita (Naqibah).
|
•
|
Dilaksanakan sekali setiap sebulan pada hari Jumaat bermula jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari (1 jam).
. |
•
|
Usrah Perdana akan dilaksanakan setiap tiga bulan sekali atau sekurang-kurangnya dua kali setahun, bermula jam 9.30 pagi hingga 11.30 pagi (2 jam).
|
•
|
Lokasi pelaksanaan usrah ditetapkan di sekitar KUIS, Muslimin; Masjid al-Azhar dan Muslimat; Pejabat atau Bilik Mesyuarat.
|
•
|
Kehadiran usrah adalah sebahagian daripada penilaian markah menghadiri latihan untuk tempoh setahun atau penilaian tahunan pegawai (KPI) |