Jurnal HADIS, Bilangan 4
Safar 1434H, (Disember 2012)
Artikel-Artikel Berorientasikan Kajian dan Penyelidikan Dalam Bidang Hadis
Diterbitkan Oleh
Institut Kajian Hadis (INHAD)
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
KANDUNGAN
1.SAHIH AL-BUKHARI VERSI AL-YUNINI: SEJARAH,KEPENTINGAN DAN KEUNIKANNYA
Mohd Khafidz Soroni
Papar Abstrak
Kitab Sahih al-Bukhari diakui umum sebagai sebuah kitab hadith yang unggul dan tiada tolok bandingnya di antara kitab-kitab yang pernah disusun oleh manusia sejagat. Semenjak zaman penyusunnya, Imam al-Bukhari, sehinggalah ke zaman sekarang, ia telah diriwayatkan oleh bilangan perawi yang sangat ramai, dari satu generasi ke satu generasi lain tanpa terputus sedikitpun pertalian sanadnya. Merupakan kehendak dan inayah Allah s.w.t., kitab Sahih al-Bukhari ini telah dipelihara oleh umat Islam dengan begitu baik sekali tanpa berlaku sebarang pengubahan dan penyelewengan serius yang dapat mengubah kesucian sabda Nabi s.a.w. di dalamnya. Di antara sekian ramai alim ulama yang prihatin terhadap ketulenan dan keabsahan periwayatan kitab Sahih al-Bukhari serta hadith-hadith yang terkandung di dalamnya ialah al-Hafiz Syaraf al-Din ‘Ali ibn Muhammad al-Yunini, seorang ahli hadith yang terkenal dengan ‘al-Nuskhah al-Yuniniyyah’nya. Ketelitian dan kegigihan beliau telah mengangkat tinggi nilai versi Sahih al-Bukhari yang beliau hasilkan. Justeru, di dalam artikel ini akan dikupas secara khusus mengenai kitab Sahih al-Bukhari versi al-Hafiz al-Yunini tersebut yang akan dibincangkan dari sudut sejarah, kepentingan dan keunikannya.
2.KONSEP AL-TASFIYAH DALAM AKIDAH BERDASARKAN SUNNAH NABAWIYAH
Sakinah Saptu dan Dr Azwira Abd Aziz
Papar Abstrak
Kajian dijalankan bagi memperkenalkan konsep al-Tasfiyah dan menunjukkan bahawa ia adalah manhaj para Nabi dalam berdakwah dan bukan ideologi yang dibawa oleh mana-mana pihak atau gerakan. Dari sudut yang lain pula, ia bertujuan untuk memurnikan kefahaman dan akidah masyarakat Islam. Untuk mencapai tujuan tersebut, kajian yang hanya memfokuskan kepada al-Tasfiyah akidah ini dilakukan menggunakan rekabentuk kajian kualitatif dengan pendekatan analisis dokumen. Manakala metode pentakhrijan hadisnya pula dilakukan menerusi sistem hadis berkomputer dan tradisi. Kajian penulis terhadap hadis Nabi s.a.w telah mengumpulkan sebanyak 48 buah hadis yang menunjukkan wujudnya pemanifestasian konsep al-Tasfiyah dalam Sunnah Nabawiyah. Penting untuk dinyatakan bahawa jumlah itu bukan menggambarkan keseluruhan hadis berkaitan pemanifestasian al-Tasfiyah tetapi lebih kepada sekadar untuk membuktikan kewujudannya dalam hadis Nabi s.a.w. Melalui kajian dan pengumpulan tersebut secara tidak langsung menunjukkan bahawa konsep al-Tasfiyah layak dikategorikan sebagai epistemologi Islam lantaran ia terkandung dalam al-Qur’an dan hadis Nabi s.a.w. Kajian juga memperlihatkan bahawa ia bukan satu ideologi mahupun teori yang dibangunkan oleh mana-mana tokoh untuk menyokong perjuangan mereka dalam mengislahkan masyarakat Islam. Di samping itu, ia juga menunjukkan bahawa hadis Nabi s.a.w terlebih dahulu telah memanifestasikan konsep al-Tasfiyah dalam usaha mendidik manusia ke arah jati diri Muslim yang sebenar.
3.GHARAR DALAM PERSPEKTIF FIQH AL-HADITH: ANALISIS TERHADAP ‘ILLAH DAN PRINSIP
Abdul Hadi bin Awang
4.KEDUDUKAN HADIS AHAD DALAM AKIDAH
Muhammad Rashidi bin Haji Wahab dan Mohd Faizul bin Azmi
Papar Abstrak
Hadis merupakan salah satu dalil terpenting dalam menetapkan dasar-dasar keyakinan Islam, manakala akidah pula merupakan tunjang paling utama dalam pembinaan keimanan kepada Allah SWT. Memandangkan kedudukan hadis sangat diperlukan dalam pembentukan akidah, ulama Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah telah menekankan perbahasan tentang pendalilan hadis dalam akidah. Antara perbincangan tersebut adalah berkaitan penerimaan atau penolakan hadis berdasarkan pembahagian bilangan turuq atau sanad kepada dua bahagian; hadis mutawatir dan hadis ahad. Dalam hal ini, keseluruhan ulama bersepakat menerima pendalilan hadis mutawatir, sedangkan pendalilan hadis ahad telah menjadi pertikaian yang berlarutan sehingga sekarang. Kesan daripada perselisihan tersebut telah mencetuskan kekeliruan kepada sebilangan umat Islam hari ini sama ada hadis ahad dapat dijadikan hujah atau tidak dalam menetapkan akidah. Menerusi kaedah analisis kandungan dokumen daripada pelbagai sumber primer dan sekunder yang berautoriti, artikel ini akan mengetengahkan suatu penelitian tentang isu berkaitan untuk mengenal pasti kedudukan hadis ahad dapat dijadikan sebagai sumber pendalilan dalam akidah atau sebaliknya. Kajian mendapati bahawa jumhur ulama Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah tidak menerima pendalilan hadis ahad dalam akidah kerana hadis ahad menghasilkan keputusan yang bersifat zan, sedangkan akidah Islam dibina berasaskan keyakinan yang jazm melalui dalil-dalil bersifat mutawatir. Walau bagaimanapun, sebilangan ulama lain menerima pendalilan hadis ahad dengan tidak membezakan antara hadis ahad dan hadis mutawatir dalam menghasilkan keyakinan terhadap akidah atau fikah, namun pandangan yang dikemukakan oleh jumhur ulama didapati lebih kukuh berdasarkan hujah yang dibawakan oleh mereka.
5.AN ANALYSIS OF INTERPRETATIONS OF HADITH “WHOEVER CHANGES HIS RELIGION, KILL HIM”
Dr Sayyid Mohammad Yunus Gilani & Musaddiq Majid Khan
Papar Abstrak
As long as Islam was in power, there was no problem in understanding the views and opinions of the main stream of Islam represented bythe Jamhur ʿUlamā´. Once the power passed into the Islamically weaker hands, the anti-Islamic elements worked for its detriment, with all their abilities and capacities,causing Islam being criticized to the basic
and essential judicial sources, core and non-core as well. The critics of Islam triggered some Shariah issues, some of them needed to be checked out , but the most of them were raised either because of hostility towards Islam orbecause of misunderstandings. Among these issues was the issue of freedom. It was claimed that. the hadÊth “Whoever changes
his religion, kill him” opposes the freedom advocated by the Quran. But in reality this Hadith is not opposing the Quran, it means that it is permissible to kill those who destroy the entity, existence and security of the society by changing their religion. It is a kind of Ta’zir and would be applied by the authority of the imam or judge or by the head of the state; in other words it is delegated to the competent authority in the Islamic state to decide the appropriate penalty, there would be no blame on them in a specific given situation if they award the death penalty for apostasy. Thus the Hadith recommends a sentence in specific situation and in no way prescribes the death for apostasy unconditionally which could compromise the freedom of religion and conscience guaranteed by the Quran.
Kandungan e-Jurnal ini dalam Bahasa Arab seperti di bawah (The Arabic Version of the Journal Contents are below)
- الوسائل اللغوية للتعليم في ضوء الأحاديث النبوي للدكتور سعد الدين منصور محمد ومحمد إبراهيم صديق
- كتاب السنة ودورها في الفقه الجديد للاستاذ جمال البنا دراسة تحليلية نقدية للدكتور محمد أبي الليث الخيرآبادي
- التعقبات على ما أورده المستشرق شاخت في ترجمة الإماام مالك …..للباحث نبيل أحمد بلهي الجزائري
- المحدث الشيخ عبد الحق الدهلوي وإسهامه في الحديث النبوي لسيد عبد الماجد الغوري